,

CARILAH KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

Assalamualikum w.b.t
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang...
:
Siti berniaga bukan bermula dari atas,
semuanya bermula dari bawah,
family Siti, mama ayah
adik beradik, pernah bernaiga di bazar Ramdhan,
ditapak perniagaan,
Bazar Baju Raya, medan makanan.
tetapi pesanan yang kami adik beradik takkan lupa adalah
ayah akan pesan solat jangan tinggal,


 :
bila kita nak rezeki perlu baik dengan pemberi rezeki,
nak kaya mintalah pada yang Maha Kaya.

:

sejarah berniaga ditapak bazar ramdahan 
:
kami akan buka tapak bazar selalunya jam 4 petang, 
masa tu Asar belum masuk, tak sempat hilang lelah buka 
payung Asar berkumandang, macam mana jauh tapak bernaiga 
dengan surau itu bukan alasan kami, 
kami akan bergilir solat,
:

after tu kena cepat2 ke bazar semula ganti  dan mula menjual, 
waktu ni memang ramai orang mula masuk bazar,
sehingga masuk waktu berbuka, 
semua sedia maklum waktu magrib adalah singkat,
memandangkan barang berniaga yang banyak, kami akan cuba kemas secapat mungkin, berbuka dalam keadaan yang tidak sempurna.
Tapi demi keberkatan yang dicari kami akan sedaya upaya tidak tinggalkan solat.

:
itu tak masuk cerita tentang di medan makan,
yang rata-rata pengusaha kedai makan memang tak dirikan solat,
waktu magrib yang singkat tu digunakan untuk menyediakan bahan masakan.
surau disediakan sunyi sepi.
kepada siapa anda meminta manusia atau sang pencipta??

:


ayah memang tegas bab solat,
ayah memang tegas tentang agama,
:
sekarang walau jauh gan ayah pesan ayah tetap terpahat
bagaimana sibuk pon kami kejar klient solat mesti dahulukan.
:

SubhnALLAH
Dulu yang saya anggap macam beban baru kami faham,
bukan duit yang banyak sahaja kita cari
keberkatan, kebahagian dan keredhaan sang pencipta.

:

pesan saya kepada sahabat-sahabat peniaga
tebal mana pun make up awak, solat jangan tinggal,
besar mana pun bisnes awak solat jangan tinggal,
besar mana pun kedai awak solat jangan tinggal,
besar mana pun kereta awak solat jangan tinggal.

:
awak semua tu pinjaman dunia, bila-bila masa Allah boleh ambil balik.

:
_________________

SITI NAIMAH BT MUKHTAR
0175161136

www.sitinaimah.com

0 comments:

Post a Comment

 

Your Beauty Coach © 2012 | Designed by OSUHM STUDIO