MEMBUKA PINTU REZEKI

Assalamualaikum...
 wah tajuk bes ni Membuka pintu rezeki..

kalau tak buka macam mana nak masukkan.:)

post kali ni Siti nak share tentang pintu rezeki.
dan beberapa amalan untuk memudahkan rezeki masuk.

1st of all kena ingat rezeki tu dari ALLAH

rezeki tu milik ALLAH, Rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang semata-mata

rezeki juga datang dalam bentuk ilmu, peluang, ruang dan lain-lain lagi.

ALLAH itu maha kaya, mintalah padanya jangan malu meminta pada yang esa, sesungguhnya sifat Allah suka pada hamba yang meminta padanya.

let's say kita berkenalan dengan seorang jutawan yang sangat kaya,
jutawan ni plak ada banyak projek nak bagi pada kita,
dan janji-janji jutawan ni selalunya ditunaikan,
ok jutawan ni janji kalau kita buat sekian-sekian dia akan bagi 
duit sebanyak sekiaan -sekian, rumah sekian-sekian, kereta sekian-sekian.

Jutawan tu baru janji maka berbunggalah hati kita, kerana kita bakal menjadi orang kaya, kaya harta, impian kita bakal tercapai!

tetapi ramai yang lupa bahawa ALLAH yang maha kaya, ramai lupa nak meminta pada ALLAH, 

Ramai lupa nak sujud di sejadah bila kita dapat apa yang kita nak!

basic nak kaya adalah TAQWA
 
"Dan ALLAH memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas" (QS.24:38)

"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH Niscaya ia akan mengadakan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga." (QS.65:2-3) 

kita berusaha dan selebihnya ALLAH yang tentukan.

post kali ni Siti nak share beberapa amalan yang membuka pintu rezeki.

AMALAN-AMALAN MEMBUKA PINTU REZEKI

1. Solat Dhuha 4 rakaat (2rakaat x 2 )

dan membaca doa ini


2. Solat tahjud


"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya." (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)



# Bagi yang baru belajar untuk bangun tahjud mungkin permulaan susah nak bangun, sentiasa ingatkan diri sebelum tidur, selalu beristiqfar sebab bukan mudah nak jadi tetamu ALLAH, sentiasa muhasabah diri kenapa tak bangun, mungkin ada dosa kita buat tanpa sedar. cuba dulu bangun dalam seminggu 2x, seterusnya upkan pada 3x dan seterusnya, in sha ALLAH akan lebih mudah lepas ni..


3. Istiqfar dan taubat

4. Silaraturahim

5. sedekah dan infaq



6. umrah dan haji
7. lakukan ibadah dengan sepenuh hati, doa 
dengan bersunguh-sunguh
8. taqwa kepada Allah
9. usaha dan tawakal
10. hijrah dijalan ALLAH

Semoga entry kali ni memberi manfaat buat anda semua.

sentiasa istiqomah, jadilah orang kaya didunia dan akhirat,

jutawan dermawan, orang kaya hebat berniaga dan hebat beribadah.

semoga anda menjadi jutawan muslim yang soleh :)
SELAMAT MEMBUKA PINTU REZEKI.


#perkongsian ilmu dari saya



0 comments:

Post a Comment

 

Your Beauty Coach © 2012 | Designed by OSUHM STUDIO