RAMADHAN YANG DITUNGGU

SubhanALLAH RAMDAHAN yang ditunggu tiba lagi,
bulan keampunan, bulan penuh barakah, bulan rahmat, bulan tarbiah.

Tarbiah untuk menjadi kita lebih baik, dan semoga ramadhan yang kita
 lalui menjadi sekolah tarbiah untuk menajdi lebih baik sepanjang tahun.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
 
 Riwayat Bukhari & Muslim)
 
 
kelebihan bulan Ramadhan
 
1.  Dibelenggu para syaitan dan jin.
 
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
 
jadi bulan ini adalah bulan terbaik untuk kita tarbiah diri kita menjadio lebih baik.
 
2.  Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
 
 Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
 

3. Pintu neraka ditutup.
 
4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Ramadhan bulan keampunan

 Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)


subhanALLAH.. Terlalu banyak keistimewaan bulan Ramdahan, rugilah orang yang berjumpa ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan Allah


 
 mohon maaf zahir batin dari:
 

0 comments:

Post a Comment

 

Your Beauty Coach © 2012 | Designed by OSUHM STUDIO