,

10 sebab mengapa perlu buat perniagaan internet










 10 sebab mengapa perlu buat perniagaan internet

1.       Jumlah pengguna Internet di Malaysia kini adalah lebih daripada 19 juta pengguna. Angka ini adalah amat tinggi dan boleh menjadi pasaran yang amat besar untuk apa sahaja produk dan perkhidmatan anda.
2.       Memulakan perniagaan Internet tidak memerlukan modal yang tinggi. Hari ini, dengan hanya menggunakan blog atau Facebook yang percuma, sudah boleh menjadi platform untuk memulakan perniagaan Internet anda. Sekiranya inginkan laman web dan nama domain seperti www.sitinaimah.com , ianya boleh dimiliki dengan bayaran serendahRM100 setahun- pelaburan yang amat rendah untuk perniagaan yang boleh mencapai begitu ramai orang!
3.       87.9% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook. Jumlah ini adalah amat tinggi dan menjadikan Facebook sebagai media sosial utama di Malaysia. Mengabaikan Facebook dalam pemasaran produk atau perkhidmatan anda adalah suatu yang akan merugikan anda!
4.       Sekiranya pesaing anda sudah menggunakan Internet, jangan tunggu lagi! Ini kerana sekiranya anda melewat-lewatkan masa untuk anda menggunakan Internet, pastinya pesaing anda akan mendapat pasaran yang lebih besar daripada anda.

5.       Perniagaan Internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja. Hari ini dengan adanya telefon pintar dan penggunaan tablet, anda boleh menjalankan perniagaan Internet walaupun di mana anda berada. Perniagaan Internet tidak hadkan anda untuk berada di kedai seperti mana perniagaan konvensional. Begitu juga dengan pelanggan anda yang mempunyai telefon pintar dan tablet- boleh membeli dari anda walaupun mereka berada di mana sahaja.

6.       Kos overhead perniagaan Internet adalah rendah. Memulakan perniagaan konvensional memerlukan modal yang tinggi, dari mengubah suai premis perniagaan yang mungkin memakan berpuluh ribu ringgit, sehingga ke kos pengendalian seperti elektrik, aircond, air, pekerja dan sebagainya untuk menjalankan perniagaan. Dengan mempunyai hubungan Internet yang kini adalah agak murah, anda boleh menjalankan perniagaan anda sendiri.

7.       Perniagaan Internet boleh mencapai pelanggan sedunia. Tanpa kos tambahan, perniagaan Internet anda boleh mencapai pelanggan sedunia! Di dunia terdapat 2.4 bilion pengguna Internet. Jangan terkejut sekiranya perniagaan anda mendapat pelanggan dari USA, Australia, Japan, UK, France, Timur Tengah atau mana-mana sahaja di dunia!


8.       Perniagaan Internet adalah flesibel di mana anda boleh menjalankannya pada bila-bila masa sahaja. Ramai yang menjalankan perniagaan Internet secara part-time untuk menjana pendapatan tambahan. Sekiranya anda bekerja/mempunyai karier, waktu di rumah dan waktu lapang boleh menjadi waktu menjalankan perniagaan di Internet oleh kerana perniagaan anda akan sentiasa buka 24jam sehari dan anda boleh memenuhi pesanan pelanggan ketika waktu petang, malam atau hujung minggu.


9.        Pendapatan tidak terhad. Telah ramai yang menjana pendapatan yang tinggi melalui perniagaan Internet.Sememangnya 9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan, dengan menggunakan teknik dan startegi perniagaan yang betul, anda juga boleh meraih rezeki perniagaan ini. Tidak seperti kerja makan gaji, di mana pendapatan adalah tetap setiap bulan, menjalankan perniagaan tidak meletakkan had pada pendapatan keuntungan. Pendapatan bulanan RM3,000, RM30,000 atau RM300,000 adalah tidak mustahil melalui Internet dan ramai kini telah berjaya! 

10.    Tidak susah untuk belajar. Pastinya anda tahu menggunakan email. Kebarangkalian juga anda memiliki akaun Facebook. Anda juga pasti sudah biasa dengan Google, YouTube, serta sering menggunakan Internet. Dengan mempelajari selok belok perniagaan di atas talian, anda juga boleh menjalankan perniagaan Internet anda sendiri dan mendapat pelanggan terus dari Internet! Alang-alang anda kini menggunakan Internet setiap hari, apa kata gunakan Internet untuk menjana pendapatan pula setiap hari!


Jom mulakan perniagaan dengan kami sekarang,
mula melangkah dari terus berfikir.
Kami ada produk hebat dan bisnes yang betul untuk menjana pendapatan anda

0175161136

 lembah klang, utara, pantai timur,semuanya dialu-alukan
sertai kelab PBC kami, kelab usahawan anda!










0 comments:

Post a Comment

 

Your Beauty Coach © 2012 | Designed by OSUHM STUDIO