Pengalaman Ramadhan

Pengalaman ramadahan
Siti anak seorang peniaga. Jom Nak share cerita


Dulu mama berniaga makan, nasi lemak kukus sebulan puasa, berbuka dekat bazar, memang tak sempurna, sebab makan ikut je kat mana sempat, tapi rezeki murah sebab peniaga-peniaga sekeliling akan  hulurkan lebihan jualan.

Makan memang mewah tetapi posisi buka puasa seorang kat kerusi, seornag bediri, seorang kat bawah tar jalan, seorang atas tong gas.

duduk dekat asrama mesti ingat Nasi Lemak kukus mama, boleh bayangkan tak masa buat Nasi Lemak kukus ayam goreng berempah, orang beratur kat meja  tunggu giliran  ayam goreng berempah, fuh. Kadang-kadang orang dah siap nak berbuka kita masih kalut layan pelanggan.

ayah pulak buat sampingan jual Buah kurma, masa tu takde lagi kat Sungai Petani ni  jual kurma,  tapi tahun berikut terus berlaku persaingan, dalam satu bazaar ada 7 orang jual kurma yang sama.

Dalam bazar yang sama,  mama jual Nasi Lemak kukus dan ayah jual kurma, demi nak tampung pembelanjaan raya serta masa nilah rezeki berlipat ganda.

Dan time  Jual tudung raya dekat  jam Besar Sungai petani,tapak betul-betul depan KFC, boleh tiap-tiap hari tengok orang-orang tak puasa masuk KFC dengan selambanya, kesian…
Sama juga buka puasa dicelahan tudung, berebut dengan sembahyang magrib, terawikh? Memang tak buatla..ruginya, sebab time balik dah penat sangat jam 2 baru sampai rumah, nak sahur lagikan.

Memang la bes malam raya orang serbu gerai kita sampai habis tudung-tudung, untung! Tapi.. pagi raya orang dah sibuk pakai cantik-cantik, saya, abang, adik kena punggah kemah bazaar, jam 9 pagi baru sampi rumah, orang makan ketupat kami makan KFC, pastu dah orang siap nak pegi sembahyang raya, mata kami semua mula tak boleh buka.

ALHAMDULILAH, sekarang dah berubah, mesti dirindui pengalaman-pengalaman tu...

Perjalanan yang panjang sebenarnya sebelum menjadi seperti hari ni, kuat seperti hari ni, hebat dari sebelum ni.
Just berkongsi cerita sebab ramai orang nampak saya hari ni, tidak tahu siapa saya belum ini.:)

 ibu dan ayah yang banyak berjasa
 tahun 2012 puasa pertama sebagi suami isteri

 2012 puasa pertama dengan mazda 3

0 comments:

Post a Comment

 

Your Beauty Coach © 2012 | Designed by OSUHM STUDIO